Friday, September 8, 2017

CARA PEROKOK TEGAR 30 TAHUN BERHENTI MEROKOK DENGAN SELAMAT DAN BERKESAN

Assalamua'laikum. Cerita pasal perokok tegar, teringat kak ct kat Allahyarham ayah kak ct. Dia memang seorang perokok tegar sebab dia dah lama merokok dari zaman bujang lagi. Dan rokok pilihan ayah bukan biasa-biasa. Bukan rokok kretek 🤣🤣🤣🤣. Dia suka hisap rokok gudang garam. Kira-kira rokok yang agak 'keras' juga masa tuh. Orang yang dah lama merokok memang susah nak hentikan tabiatnya. Dia lebih rela pilih rokok dari pilih untuk makan kalau kita ajak dia makan masa tuh. Hakikat yang tidak dapat ditolak, merokok memang membawa kesan buruk pada kesihatan ayah. 


Cara berhenti merokok dengan selamat dan berkesan


Ketakutan sesetengah perokok tegar untuk berhenti merokok bila mana mereka-mereka ini dihantui oleh kejutan orang yang berhenti merokok tapi akhirnya semakin tak sihat dan membawa sehingga meninggal dunia. Sebenarnya ini yang perlu diketahui wahai perokok-perokok tegar, suami-suami dan ayah-ayah kita, bukan sesuatu yang mustahil untuk perokok tegar berhenti merokok. Perkongsian kisah En Nasiruddin Sulong, seorang perokok tegar selama lebih 30 tahun berjaya berhenti merokok dengan cara yang lebih berkesan lagi selamat demi kesihatan diri dan keluarga tersayang.

Oleh itu, pilihlah untuk berhenti merokok dengan cara yang selamat, keluarkan racun-racun kimia rokok dari badan dengan cara detox semulajadi, gantikan ketagihan rokok dengan sesuatu yang lebih selamat dan lagi berkesan serta penuhi semula keperluan badan dengan nutrisi-nutrisi makanan yang baik. Inshaallah tiada masalah berat badan semakin meningkat kerana berhenti merokok malah kesihatan akan jadi lebih baik, lebih sihat dan lebih bertenaga. Paling menggembirakan pastilah keluarga dan orang-orang tersayang.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...