Assalamua'laikum..
Baru-baru ni..(Febuari 2016) mak saya menjalani operation memasukkan besi ke dalam lutut di atas sebab penyakit Osteoarthritis Stage 4. Lendiran dan tulang rawan antara sendi lutut mak telah begitu kering dan pergeseran tulang antara sendi lutut mak mengalami keradangan, bengkak dan kesakitan yang amat sangat sehingga sukar untuk bergerak lagi. Mak tiada lagi pilihan rawatan lain selain dari membuat pembedahan memasukkan besi pada sendi lutut mak. Itulah yang terbaik.
Pic Ihsan : drzubaidi.com |
Alhamdulilah.. 6 bln telah berlalu.. mak kini dah bertambah sihat. Kesakitan lutut telah berkurangan. (Baru buat sebelah lutut)
Di usia emas.. mmg menakutkn utk membuat rawatan-rawatan besar seperti ni walaupun tidaklah seberat major operation seperti jantung dan lain-lain lagi. Risiko & komplikasi operation memang besar. Mujur sahaja mak tiada penyakit kencing manis. Tekanan darah mak juga sederhana & ada sedikit masalah jantung yang tidak akn menjejaskan misi operation mak. Alhamdulillah
Di usia emas.. mmg menakutkn utk membuat rawatan-rawatan besar seperti ni walaupun tidaklah seberat major operation seperti jantung dan lain-lain lagi. Risiko & komplikasi operation memang besar. Mujur sahaja mak tiada penyakit kencing manis. Tekanan darah mak juga sederhana & ada sedikit masalah jantung yang tidak akn menjejaskan misi operation mak. Alhamdulillah
Bagi seorang warga emas (berusia 60 tahun dan ke atas) memang banyak risiko yang perlu dihadapi bila nak buat operation. Antara risiko operation ini adalah risiko lemah jantung & kehilangan darah.
Mak dimasukkan di Hospital Ptrajaya sehari sebelum operation. Malam tersebut mak perlu berpuasa dan kesokan paginya mak terus ditolak ke bilik OT. Operation mengambil masa 4jam++ pada haritu. Di sepanjang proses operation mak memang terpaksa menerima beberapa beg darah. akibat kehilangan darah. Dan selepas operation mak dlam keadaan lambat sedar, sangat lemah, muntah, demam dan akibat
kesan bius penuh & ubat tahan sakit semasa operation. Tambah-tambah faktor usia juga memainkan peranan penting penerimaan badan terhadap proses pembedahan dan penerimaan besi pada badan. Sejurus mak sedar dan lebih stabil, mak terus melalui proses fisioterapi kaki (exercise) menggerak-gerakkan kaki yang telah dimasukkan besi tersebut di atas katil untuk beberapa hari.
Kena Masuk Darah |
Bukanlah mudah ye.. tapi inilah yang perlu setiap pesakit lalui sekiranya pesakit Osteoarthritis memilih untuk memasukkan besi pada sendi lutut.
Antara feedback dr Doktor yang melakukan operation mak adalah.. 'PROSES YG AGAK RUMIT KERANA TULANG MAK AWAK TERLALU RAPUH.. & MUDAH PECAH.. LEPAS NI JGN SESEKALI BG MAK AWAK JATUH..'
Fisioterapi Atas Katil |
Dengan sokongan dari insan-insan tersayang, Alhamdulillah semuanya dapat dilalui dengan baik.Mak dibenarkan keluar hospital lepas beberapa hari kemudian. Syukur juga mak sentiasa dikelilingi & dijaga rapi oleh insan-insan
tersayang yang ade background medical turut memudahkan urusan.
Alhamdulillah.
Next entri saya akan ceritakan kisah mak dan rawatan sebelum mak dicadangkan untuk membuat pembedahan lutut serta pilihan rawatan lain selain pembedahan lutut bagi mereka yang belum lagi sampai tahap Osteoarthritis yang kronik.
Mudah-mudahan mak saya diberi kesihatan yang lebih baik serta diberkati umurnya, Inshaallah. Aamiin
✐Blog :
CelikSihat
✐Instagram : kakct_n
✉Email : sitinurra77@gmail.com
✆HP : 019-514 6495
✆WhatsApp : www.wasap.my/60195146495
➲COD Area : Tronoh, UTP, UITM, Bandar U & Seri Iskandar
Inshaallah saya sedia membantu anda!
✐Instagram : kakct_n
✉Email : sitinurra77@gmail.com
✆HP : 019-514 6495
✆WhatsApp : www.wasap.my/60195146495
➲COD Area : Tronoh, UTP, UITM, Bandar U & Seri Iskandar
Inshaallah saya sedia membantu anda!
Pengedar Shaklee Perak Pengedar Shaklee Ipoh Pengedar Shaklee Batu Gajah
Pengedar Shaklee Tronoh Pengedar Shaklee Seri Iskandar
Pengedar Shaklee UTP
Pengedar Shaklee UiTM Seri Iskandar Pengedar Shaklee Bandar U Pengedar Shaklee Bota
No comments:
Post a Comment