Tuesday, April 14, 2015

Bagaimana Lecithin Si Pengemulsifier Lemak Berfungsi?

Memandangkan bulan ini adalah bulan promosi suplemen LECITHIN, ct nak sharekan satu entri, eksperimen berkenaan bagaimana lecithin berfungsi sebagai pengemulsi lemak dalam badan manusia.

Dalam eksperimen ini, ct ada menggunakan satu lagi ubat sintetik yang diarahkan oleh doktor untuk diambil oleh hasben ct untuk mereka yang tinggi kolestrol & mempunyai risiko terkena serangan jantung ataupun strok.

Sebelum ct tunjukkan kaedah, keputusan & rumusan eksperimen.. diharap pembaca telah pun membaca & mengenali lecithin. Ringkasannya ct tulis juga di sini & buat perbandingan dengan ubat sintetik Simvastatin.

LECITHIN
 - Lecithin diekstrak dr bahan semulajadi kacang soya organik bukan-GMO yg mana setiap kapsulnya mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol. Lecithin berfungsi menyerap vitamin larut lemak.
- Lecithin bertindak sebagai pembersih salur darah, pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisma lemak, kolestrol dan trigliserid di dalam tubuh.
- Juga berfungsi sebagai penggalak peredaran darah, memperbaiki tekanan darah tinggi dengan menghalang arteriosklerosis.

UBAT SINTETIK KOLESTROL  (rujuk : www.drugs.com)
- Ubat sintetik kolestrol adalah jenis ubat sintetik terkawal jenis dadah yang hanya diberikan kepada pesakit di atas arahan doktor untuk jangkamasa tertentu sahaja.
- Ia diberikan kepada pesakit yang berisiko tinggi diserang sakit jantung akibat kolestrol yang tinggi
- Ubat sintetik kolestrol berfungsi untuk menurunkan kolestrol 'jahat' (LDL) dan triglycerides dalam darah dan meningkatkan kolestrol 'baik' (HDL)
- Ia hanya diberikan kepada mereka yang berisiko terkena serangan jantung/serangan jantung coronary, strok, penyakit berkaitan jantung oleh pesakit diabetis dll
- Kesan negatif jangkamasa panjang pengambilan ubat ini adalah seperti kegagalan organ hati & buah pinggang.

Nota Tambahan : Dalam eksperimen ini ubat sintetik kolestrol digunakan sebagai bahan perbandingan sahaja. Nilai bagaimana ubat sintetik kolestrol ini mengurangkan kadar kolestrol adalah tidak dapat disukat. 

EKSPERIMEN

OBJEKTIF : MENGUJI KEBOLEHUPAYAAN LECITHIN MENGEMULSI / MENGURAIKAN LEMAK / MINYAK DI DALAM CAMPURAN AIR & MINYAK


Rumusan,

1. Sebatian yang mengandungi pil sintetik kolestrol didapati masih terdapat garis minyak walaupun setelah campuran dikacau sehingga sebati. Ini menunjukkan pil sintetik kolestrol bukan jenis pil pengurai/pengemulsi lemak/minyak.

2. Sebatian yang mengandungi pil lecithin pula setelah dikacau dengan sebati menunjukkan perubahan minyak terurai/teremulsi kepada molekul2 yang lebih kecil. Ini menunjukkan lecithin adalah makanan pengurai lemak & lemak yang terurai ini akan memudahkan proses pencernaan di dalam usus kelak. Lemak yang tidak terurai boleh menyebabkan mendapan pada dinding2 saluran darah & jadi penyebab kepada penyumbatan saluran darah & kolestrol menjadi tinggi. Oleh itu pengambilan suplemen lecithin yang semulajadi amat membantu tubuh manusia untuk mengemulsi makanan berlemak yang masuk ke dalam badan.
3. Penyahtoksidaan akan menjadi lebih efisyen dengan suplemen tambahan Alfalfa/HerbLax bagi tujuan pembuangan lemak keluar terus dari badan. Minyak/makanan berleak tidak akan sempat untuk mengambil ruang untuk mendap pada saluran2 darah.. justeru kolestroldapat dikawal dalam badan manusia.

Oleh itu, marilah kita bersama2 membasmi mknn berlemak dari badan dengan cara pemakanan yg sihat & mengambil tindakan membuang lemak berlebihan dalam badan dengan segera melalui kaedah yang semulajadi & sihat. PILIHAN DI TANGAN ANDA..!! 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...