Saturday, October 24, 2015

Bahayakah Demam Kepialu?

Di saat-saat Malaysia bergelut dengan jerebu sekarang, tidak semena-mena datang pula penyakit demam kepialu. Lama dah tak dengar demam kepialu ni. Rasa-rasanya masa zaman-zaman sekolah dulu lah kali terakhir dengar orang demam kepialu. Demam kepialu ni sebenarnya wabak penyakit bawaan makanan. Tentu sekali mereka-mereka yang rajin makan luar atau tak sempat menyediakan makanan sendiri dari rumah dek kesibukan kerja dan sebagainya berisiko terdedah dengan penyakit demam kepialu ni. Tambahan pula jika si penjual atau penyedia makanan terdiri dari kalangan warga asing yang kita pon tak dapat nak pastikan macamana imunisasi badan mereka dan macamana tahap kebersihan mereka. Ini memang menakutkan! 

Ehsan : Utusan

Dan laporan dari Kementerian Kesihatan Malaysia baru-baru ini menunjukkan terdapat peningkatan mereka yang positif demam kepialu.


Jom Kenal Demam Kepialu

Demam kepialu juga dikenali demam tifoid adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria salmonella typhi yang mencemari makanan dan minuman. Seseorang yang dijangkiti oleh demam kepialu, membawa bakteria ini di dalam darah dan usus. Mereka boleh mencemari makanan dan minuman melalui penyediaannya dan boleh menjangkiti orang lain. (Dr Aaisah Senin, KKM)



Bagaimana Demam Kepialu Ini Merebak?

Demam Kepialu ini boleh merebak melalui
  • makanan dan minuman yang telah tercemar oleh najis manusia yang mengandungi bakteria salmonella typhi
  • pembawa bakteria yang mengendalikan makanan dan minuman. Terkadang mereka tidak menunjukkan sebarang gejala bawaan wabak.

Tanda-tanda Demam Kepialu (KKM)

Gejala demam kepialu biasanya akan muncul selepas 1 - 2 minggu tapi ia juga boleh berlaku dari 3 hari hingga 3 bulan selepas pendedahan. 

Antara tanda-tandanya
  • Demam berterusan dan berpanjangan, suhu melebihi 40 ˚C
  • Cirit birit
  • Sembelit
  • Sakit perut
  • Sakit kepala
  • Sakit badan / lemah / letih lesu
  • Kurang selera makan
  • Batuk tanpa kahak
  • Denyutan jantung perlahan ( bradycardia )
  • Ruam (bintik merah pada bahagian atas badan)
  • Bengkak limpa dan hati

Komplikasi Wabak Demam Kepialu

Demam kepialu boleh menyebabkan pendarahan dan kebocoran usus, radang otak sehingga ke tahap psikosis. Jika rawatan awal tidak dilakukan ia juga boleh membawa sehingga ke tahap kematian.


Langkah Kawalan & Pencegahan Wabak Demam Kepialu

Antara langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil seperti berikut, (KKM)
  • Basuh tangan dengan menggunakan sabun dan air selepas ke tandas dan juga sebelum menyediakan makanan
  • Hanya makan makanan yang telah masak sepenuhnya
  • Elakkan makanan dan minuman berisiko seperti sayuran mentah / ulam, buahan, makanan dari penjaja, ais semasa berlakunya wabak.
  • Minum air yang telah dimasak atau air yang telah dibotolkan.
  • Elakkan ais kecuali ais yang di buat dari air yang telah dimasak atau air yang telah dibotolkan
  • Mendapatkan Pelalian Vaksin Demam Kepialu
  • Kekalkan kebersihan dan sistem pembuangan tinja najis yang sesuai terutama salepas banjir atau bencana alam
  • Hanya gunakan air bersih untuk penyediaan makanan

Sekiranya saya disyaki mendapat demam kepialu?
  • Segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan
Antara langkah berjaga-jaga dan ingin meningkatkan sistem imunasasi badan sekiranya terdapat tanda-tanda demam kepialu melalui suplemen seperti Nutriferon, Vitamin C dan Garlic adalah sangat-sangat membantu sebelum gejala lebih memburuk dan membahayakan nyawa penghidap demam kepialu.

FB : http://www.facebook.com/sitinurra77
Blog : http://celiksihat.blogspot.com/
Instagram : kakct_n
Email : sitinurra77@gmail.com
HP : 019-514 6495
WhatsApp : www.wasap.my/60195146495
COD Area : Tronoh, UTP, UITM, Bandar U & Seri Iskandar

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...