Wednesday, October 21, 2015

Cerita Bersalin Anak ke-3 Saya..

Assalamua'laikum pembaca blog semua.. 

Moga kalian sihat-sihat di bawah lindungan & rahmat Allah hendaknya.. Lama tak bersiaran.. Hari ni saya ingin berkongsi pengalaman bersalin saya baru-baru ni.. di Hospital Bainun Ipoh. Sebenarnya takde la baru sangat pon..

Pasti ramai juga mempunyai pengalaman yg berbeza-beza ketika menghadapi situasi genting bertarung nyawa melahirkan zuriat yg tercinta..

Alhamdulillah.. dgn izinNYA saya bersalin normal anak ke3 beberapa bulan lepas. Allah permudahkan perjalanan ini. Dengan jarak 9 tahun beza abg atasnya, momen bersalin sebenarnya memang satu pengalaman yang menakutkan bagi saya. Kesakitannya.. Masyaallah.. saya memang rasa trauma selepas bersalin anak pertama & kedua dulu. Mungkin ada antara mommies kat luar sana yang dok tengah sarat menunggu masa untuk bersalin, terfikir-fikir macam mana rasa bersalin. Walaupun lain orang lain pengalaman dan rasanya, saya ingin nak berkongsi cerita saya terutama buat mommies with 1st baby sekalian. Mudah-mudahan cerita saya sedikit sebanyak boleh menberi semangat positif dan keyakinan kepada mommies-mommies sekalian menghadapi saat-saat bersalin.

Ini lah cerita saya..

Saya mengalami pecah air ketuban sekitar pukul 10 mlm hari Rabu di rumah. 1 minggu lebih awal dari tarikh due pregnancy saya. Bukan sikit-sikit.. bila bergerak aje.. berdesau-desau cam hujan turun. 2 keping pad saya pakai dalam perjalanan ke Hospital Ipoh dari Tronoh memang lencun sekali dengan pakaian saya (skirt panjang). Saya sendiri agak panik masa tuh ingatkan saya dah nak bersalin sangat. Tapi tiada pula rasa sakit mahupun contraction pd masa itu. Sesampai di Hospital Ipoh.. doktor periksa bukaan pintu rahim saya hanya baru 2 cm.

Saya terus dimasukkan ke wad untuk menunggu hingga masa bersalin. Nurse pula meminta saya untuk memantau warna pad yang dipakai. Tujuannya nak tengok jangan sampai warna hijau gelap atau warna lain selain dari warna air ketuban dan lendir-lendir darah dekat pad (tanda bersalin dah semakin dekat). Kalau ada warna lain selain tu membawa maksud najis.. so bahaya sikit keadaan bayi dalam perut dan dibimbangi sehingga tahap bayi dah makan najis. Ini bahaya dan boleh membawa hingga ke kes emergency. Begitulah penerangan pembantu nurse malam tuh. Perkiraan saya contraction kecil saya mula berlaku di awal pagi di setiap sela masa 15 min.

Sehingga lepas subuh contraction semakin terasa. Lendir-lendir bercampur darah juga dah semakin banyak kat pad. Doktor membuat lawatan ke bilik sekitar 8.30 pagi, tapi tidak membuat follow up bukaan pintu rahim. Mungkin sebab saya belum sampai tahap menjerit-jerit nak bersalin kot.. hanya mengerang menahan sakit waktu contraction datang. Doktor hanya beritahu kalau esok tak bersalin lagi maka proses induce akan dilakukan untuk mengelakkan bayi dari terkena jangkitan kuman.

Saya terkejut jugak laa sebab saya ingat saya dah nak bersalin dah.. rasa sakit tu sakit sangat dan kekerapannya lebih kerap macam nak bersalin pagi tuh jugak.. Pukul 9 lebih saya panggil lagi nurse untuk periksa balik namun sister datang & beritahu kalau sakit lebih kerap nanti mintak panggil semula. Alasannya tak boleh kerap cek pintu rahim nanti mudah dapat jangkitan. Sabar jek kan..

Akhirnya nurse menghantar seorang pembantu wad untuk tolong buat kiraan contraction dengan meletak tangan kat perut. Saya memang dah rasa sangat-sangat dah contraction tuh seakan berterusan sakitnya (tak sempat tengok sela masa dah) dan sakitnya terasa sangatlah sakit di bahagian atas ari-ari dan sakit belakang pinggang bawah macam pinggang nak tercabut gitu. Tapi para mommies semua kena tengok dan ambil tahu tau contraction ni macam mana sebab ada yang mengalami contraction palsu. Macam mana contraction tu rasa..? Macam saya, contraction yang saya alami tu bila mana
  • sela masa sakit adalah konsisten.. mula-mula 15 min sekali, kemudian jadi semakin cepat sehingga setiap 5 min sekali dan sehinggalah sela masa menjadi lebih cepat dalam setiap 2/3 min sekali. 
  • rasa perut semakin mengeras
  • rasa semakin sakit
  • contraction semakin lama
 Napa contraction sangat sakit? Nurse cakap sebab pada masa ni otot rahim sedang mengecut. Mungkin proses menolak bayi turun lagi. Dan sebab itu juga kalau letak tangan atas perut kita dapat rasa perut menegang dan mengeras sebab tu kita jadi tak selesa.

 Setelah beberapa kali panggil doctor, akhirnya dalam pukul 10 pagi seorang doctor pelatih mengalah, datang utk memeriksa pintu rahim saya.

Terkejutnya dia.. & pembantu wad.. sambil menjerit full.. ( mungkin maksudnya telah bukaan penuh ). Kepala bayi pon dah nmpk. Suasana panik seketika.. Husband saya dah disuruh tunggu di luar wad. Datang lagi beberapa orang doctor siap dengan peralatan bersalin. Diorang buat keputusan untuk menjalankan proses bersalin di wad sahaja sebab dah tak sempat pon nak hantar saya ke dewan bersalin dekat Ground Floor. Baby perlu disambut dekat atas katil wad situ jugak. Terasa cepat sangat masa berlalu.. Itu pon sy disuruh tahan jangan teran lagi sehingga bila saya disuruh teran baru boleh teran. Tepat jam 10.20 pagi, bayi saya selamat dilahirkan.


Allahuakbar.. perasaan tuh mcm2 ada.. terharu sebak sedih gembira kelakar semua bercampur baur.. tak sangka. Ingatkan esok.. rupanya baby dah tak sabar nak keluar tengok dunia pagi tuh jugak.. Syukur sangat-sangat. Di dalam wad bersalin tu juga baby saya ni nak keluar. Mujur juga saya ditempatkan di bilik asing. Jadi para doktor nak proses saya dan sambut baby juga agak privasi.

Alhamdulillah sangat-sangat.. tanpa wayar-wayar kat perot untuk cek jantung baby.. tanpa jarum-jarum kat tangan dll.. Allah permudhkn urusan bersalin saya kali ini tanpa komplikasi.. Alhamdulillah syukur sangat.. & esok harinya saya pon dischrgs keluar tanpa ada lain-lain masalah. Rezeki..

Allah sangat baik. DIA sebaik-baik perancang dan DIA dah tentukan cara terbaik yang termampu dipikul oleh hamba-hambanya. Sama ada lambat cepat normal ceaser semuanya adalah sebaik-baik rezki yang Allah dah tentukan. Pasti ada hikmah di  sebaliknya. Baik anda yg sedang bertarung nyawa ingin melahirkan anak atau sedang menunggu masa ataupun sesiapa saja yg sedang buat persiapan untuk bersalin.. normal atau ceaser, saya doakan agar urusan kalian dipermudhkn oleh Allah & moga kalian juga sihat-sihat hendaknya di samping zuriat tercinta yang bakal lahir..

Next entry saya akan kongsikan tips mudah bersalin.. dgn izinNYA Inshaallah. Moga-moga nanti sedikit sebanyak ianya boleh dijadikn pengalaman & panduan untuk mereka yg ingin melahirkan anak kelak.

Salam sayang dari saya,
Siti N

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...