Friday, October 23, 2015

Memahami Radikal Bebas dan Hubungkait Dengan Antioksida

Bismillahirrahmanirrahim

Kita sering mendengar perkataan radikal bebas, faham radikal bebas adalah tidak baik untuk tubuh dan menjadi penyebab kepada pelbagai penyakit termasuk penyakit-penyakit kronik. Namun tidak semua dari kita memahami maksud sebenar radikal bebas.


Sebenarnya radikal bebas atau oksidan adalah suatu molekul yang terpisah dari molekul pasangannya sehingga pemisahan ini menyebabkan molekul ini kehilangan salah satu elektron yang disediakan oleh molekul pasangan bebasnya. Setiap elektron harus berpasangan agar nilainya seimbang. Jika terjadi pemisahan, maka molekul-molekul ini mula mencari pasangan elektronnya, biasanya dengan “mencuri” dari sel tubuh lain seterusnya merosakkan sel-sel tersebut. Radikal bebas ini bersifat sangat reaktif dan juga dapat menimbulkan perubahan kimia dan merosak berbagai komponen sel hidup seperti protein, lipid, karbohidrat, dan lain-lain. Lebih buruk lagi jika radikal bebas sudah terbentuk dalam tubuh maka akan terjadi reaksi berantai dan menghasilkan radikal bebas baru yang akhirnya jumlahnya terus bertambah. (peterpakerblog.com)




FAKTOR-FAKTOR KEHADIRAN RADIKAL BEBAS YG BANYAK DALAM TUBUH


Ada beberapa faktor penyebab kehadiran radikal bebas dalam tubuh. Antaranya proses biasa tubuh dalam menghasilkan tenaga. Proses ini melibatkan oksigen bertindakbalas dengan sebatian tubuh kadang-kadang menghasilkan radikal bebas yang sangat tidak stabil.


Faktor luaran lain adalah daripada alam sekitar seperti asap rokok, jerebu, alkohol, sinar uv, bahan kimia, radiasi dan lain-lain menambahkan lagi pembentukan radikal bebas.


Makanan fast food dan tinggi lemak seperti kentang goreng, mayonis, sos salad dan margerin


KESAN RADIKAL BEBAS PADA TUBUH


Kesan radikal bebas dalam tubuh bukanlah dapat dilihat dalam jangka masa yang singkat. Molekul-molekulnya sangat reaktif, merampas elektron dari sel-sel tubuh lain dan jadi penyebab kerosakkan sel tubuh sedia ada, merubah fungsi dan juga DNAnya. Kerosakan ini melibatkan semua sel baru yang mewarisi DNA tersebut. Oleh itu semakin usia meningkat semakin bertambahlah sel-sel badan yang rosak. Semakin banyak juga fungsi semulajadi badan tergendala dan ianya mengundang berbagai masalah kesihatan.


Kajian-kajian yang dijalankan di zaman moden ini telah menemui pertalian antara stres oksidatif dengan lebih dari 200 jenis penyakit. Antaranya kanser, arthritis, kencing manis, penyakit buah pinggang, penyakit Alzheimer, penyakit Parkinson, katarak, glaukoma, buta akibat usia dan lain-lain penyakit degeneratif terjadi akibat kesan radikal bebas dalam tubuh. (kesihatan.biz)


HUBUNGKAIT ANTI OKSIDA DENGAN RADIKAL BEBAS & CARA TANGANI RADIKAL BEBAS


Antioksida adalah zat yang bermanfaat untuk tubuh berfungsi memusnahkan radikal bebas dalam badan. Walaubagaimanpun badan kita tidak mengeluarkan anti oksida. Ia bergantung kepada bekalan yang diperolehi dari sumber makanan kita. Oleh itu adalah sangat penting untuk kita memakan makanan yang tinggi anti oksidanya untuk menyahkan/meneutralkan radikal bebas yang tinggi dalam tubuh.


APAKAH MAKANAN TINGGI ANTI OKSIDA?




Makanan yang mengandungi Vitamin A, C, dan E adalah makanan-makanan yg kaya anti oksidanya. Sayur-sayuran seperti broccoli dan sayuran hijau, buah-buahan seperti dari keluarga anggur dan berries dan dari sumber kekacang seperti walnut. 
Buah tomato, apricot dan carrot pula sangat kaya melantonin dan betakaroten juga merupakan agen anti oksida yang sangat baik untuk tubuh. 
Namun demikian pemilihan sayur-sayuran dan buah-buahan ORGANIK adalah yang paling baik diambil kerana ia lebih semulajadi dan bebas pestisida.


Selain makanan buah-buahan dan sayuran yang kaya anti oksida, kita juga boleh mendapatkan makanan tambahan seperti suplemen yang selamat & semulajadi sebagai pelengkap bagi melawan radikal bebas dalam tubuh sebelum ianya berkembang merosakkan sel tubuh lain sehingga membawa kepada pelbagai penyakit kronik yang berbahaya secara senyap. Manfaat makanan anti oksida adalah penting dan sangat banyak. Oleh itu, jangan abaikan pengambilan makanan kita hari ini!


AMBIL TAHU BUAT TINDAKAN.. IA MUNGKIN BAKAL MERUBAH HIDUP ANDA!

FB : http://www.facebook.com/sitinurra77
Blog : http://celiksihat.blogspot.com/
Instagram : kakct_n
Email : sitinurra77@gmail.com
HP : 019-514 6495
WhatsApp : www.wasap.my/60195146495
COD Area : Tronoh, UTP, UITM, Bandar U & Seri Iskandar




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...