Sebenarnya, ct dah lama dengar & tahu tentang SHAKLEE sebelum ct
menggunakan produk dan menjadi ahli secara rasmi lagi. Sebab ct sendiri
dikelilingi kawan2 yg join ahli & makan suplemen SHAKLEE sebagai makanan
tambahan dalam diet harian mereka. Pada ct, selagi makanan harian seimbang dan
baik.. Inshaallah kita sihat. Walaubagaimanapun, bila kesihatan semakin
terjejas dek faktor umur & gaya hidup yg tidak sihat.. lama-lama mula la ct
juga mencari alternatif untuk meningkatkan taraf kesihatan hidup.
Sebelum ct guna & makan vitamin SHAKLEE, ct juga macam orang lain..
berbagai tanggapan negatif mengenai SHAKLEE bermain2 di fikiran. Produk US
laa.. halal ke tak halal.. MLM yang menganiaya.. namun selepas ct cari
tanya & baca.. akhirnya Allah melorongkan & membukakan juga hati ini
untuk guna, makan & terus join ahli sekaligus kini ct dapat buat side
income pulak lepas dah guna. Bertambah-tambah jatuh cinta ngan SHAKLEE ni bukan
kerana ct dapat manfaatnya seorang.. tapi ct dapat share juga dengan orang lain
tambahan ianya bermula dengan keluarga ct.. mak ct.. famili mertua.. kawan2
& akhirnya dapat share pulak pengalaman baik dengan orang yang tak kenal
pun untuk beli suplemen SHAKLEE. Berbaloi2 sangat rasa.
Antara persoalan2 yg pernah bermain2 kat kepala ct.. ct sharekan kat
sini, mana tahu ada antara pembaca kat sini pun tertanya2 sama macam ct sebelum
kita makan suplemen yg best ni..
HALAL KE SHAKLEE?
Ini jawapannya..
BENARKAH SHAKLEE MENYOKONG ISRAEL?
Soalan ni mmg cepu cemas sbb sebagai seorang islam tentunya ct juga turut merasa sakit bila orang islam sendiri disiksa penuh kezaliman oleh pihak zionis. Cubit peha kanan peha kiri pun terasa juga sakitnya. Dan adalah menjadi tanggungjawab kita melakukan apa saja yg boleh menberi kesan langsung atau tidak langsung kepada melemahkan Israel khususnya.
Jawapannya : Dari pemahaman ct.. Organisasi KENESETH sendiri adalah salah satu badan yang turut menjadi salah satu pengedar SHAKLEE, bukan Organisasi SHAKLEE yg menyumbang kepada Israel.
SEMUA MLM SAMA SAHAJA.. MENGANIAYA ORANG BAWAHAN SAHAJA..
Yang ini lain sikit dalam SHAKLEE sbb ia lebih kepada konsep siapa yg bekerja kuat dia yg akan dapat hasilnya tak kira anda berada pada rank ke 40, sekiranya anda berusaha keras, anda akan menikmati bonus2 & income yg boleh mengatasi upline2 anda. Kan best tu..
PENERANGAN LAIN MENGENAI BUSINESS SHAKLEE..
By : Norasiah Mahmod
Credit to :
babykawaiistore.com
Semakin lama semakin
banyak syarikat yang mengamalkan sistem MLM dan ada yang sekadar ingin mengaut
keuntungan berganda tanpa mempunyai produk yang kukuh. Menurut,
Ustaz Zaharuddin, asas minima Shariah berikut perlu dipatuhi :
1. Produk MLM ini
mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang
benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti,
unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya
tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam
undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru,
kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif
jangka pendek mengumpul dana (modal).
Alhamdulillah,
sehingga ke hari ini produk shaklee terbukti berkesan secara klinikal. Ramai
yang telah mencuba dan merasai perbezaannya termasuk saya sendiri. Shaklee
memang mengutamakan kualiti produknya.
2. Produknya
bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana
penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.
Ok, yang ini memang
confirm bukan.
3. Komisyen yang
diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas.
Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat
komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.
Sebab itu, upline
perlu menjaga dan memberi ilmu pada ‘anak’, ‘cucu’, ‘cicit’nya. Kalau ada yang
tak faham, hubungi upline anda dengan segera kerana anda ada hak terhadap
mereka seperti mereka ada hak terhadap anda. Bukan sekadar suruh jadi ahli
sahaja tanpa sebarang informasi. Di zaman internet ni, walaupun berjauhan tetap
boleh berhubung secara maya kan.
4. Keuntungan dan
komisyen bukan berdasarkan ‘kepala’ atau ahli yang ditaja, tetapi adalah
berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi
membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan
dan bukannya permainan wang (money game).
Setiap komisen
Shaklee bergantung pada nilai point (UV) yang dikumpulkan hasil pembelian
produk. Bukan berapa ramai orang yang ditaja. Kalau ramai yang ditaja pun tapi
semua tiada belian, maka tiada komisen diberikan.
5. Tidak
diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi
memperolehi komsiyen dari orang bawahannya. Ini kerana dibimbangi ia mirip
paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk
memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya, ia mungkin dibenarkan
dengan syarat ia dibuat atas asas ju’alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua’alah
mestilah dipastikan sempurna.
Tiada paksaan untuk
membeli dalam Shaklee. Anda beli anda dapat point dan bonus. Tak beli tak dapat
apa-apa pun..
6. Setiap
‘upline’ atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang
bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik
berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia
perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak
adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah’. Ini kerana
konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu
perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan
bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di
kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh
orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat
komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.
Sekali lagi, bantu
diri anda memperolehi ilmu dengan menghubungi upline anda dan bantu upline anda
menjalankan tanggungjawabnya dengan baik.
7. Tidak
menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya.Manakala
hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran
mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat
keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih
hebat.
Dah terbukti dalam
Shaklee, siapa yang berusaha lebih dia akan mendapat lebih. Dah terbukti
downline boleh naik rank lebih tinggi dari upline.
8. Mempersembahkan
system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh
ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.
Alhamdulillah,
setakat ni mudah faham dengan sistem Shaklee yang simple. :)
9. Menstruktur
plan pemasaran di antara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu
perkongsian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah
pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.
Setakat ni modal
keahlian Shaklee sama sahaja untuk setiap orang sama ada dia masuk dahulu atau
kemudian. Modal lain pula direct kepada Shaklee. Jadi, tak timbul isu
ini.
Alhamdulillah..
Setakat ni saya yakin dengan Shaklee. Teringat dulu ada seorang ahli yang tanya
macam-macam tentang hukum MLM ni dan sistem Shaklee. Bersungguh-sungguh saya
cari masa tu dan kami berkongsi-kongsi pendapat. Alhamdulillah, akhirnya kami
berpuas hati dan kini bersama-sama dalam perniagaan Shaklee.
Yang saya faham, MLM
ni boleh jadi haram apabila sistem tu sendiri yang tak betul. Ataupun sistem betul,
tapi orang yang memanipulasikan sistem sehingga menjadi haram. Contoh : paksa
downline beli produk sehingga beribu-ribu ringgit semata-mata untuk naik rank
tapi tak diajar kegunaan produk, kebaikan, bagaimana menjual dan sebagainya.
Harap persoalan2 yang pernah terlintas di minda pembaca juga terjawab di sini.
No comments:
Post a Comment