Monday, September 4, 2017

MEMBONGKAR MISTERI GERAI CENDOL DI PUNCAK BUKIT 300 TELUK BATIK PERAK

Hahaha.. misteri sangat kan tajuk entri kali ni. Sebenarnya inilah kali pertama kak ct dengar pasal Bukit 300 di Teluk Batik. 10 tahun yang lalu sewaktu menetap di Manjung, tak pernah pun dengar pasal Bukit 300 apalagi dibuka untuk aktiviti lasak, memanjat bukit dan sebagainya. 


Bukit 300, Perak
Pemandangan Bukit 300 Teluk Batik. Kelihatan deretan kereta peminat-peminat xtvt 'Hill Trekking'


Saja tulisan santai kali ni untuk mengabadikan kenangan rombongan panjat bukit bersama famili dan geng2 basikal UiTM Seri Iskandar ke Bukit 300 Teluk Batik pada 19 Ogos 2017 baru-baru ni. Lokasinya betul-betul jalan menuju ke Teluk Batik.

Tambah rasa berkobar-kobar semangat nak sangat panjat bukit ni sebab dengar-dengar ade gerai cendol di Puncak Bukit 300. Kira-kiranya nak menyaksikan sendiri lah betul ke ada gerai cendol yang dimaksudkan tu beroperasi di tengah-tengah hutan di atas Bukit 300.  Kalau Bukit Tinggi di Pahang ke atau Genting Highlands atau Cameron Highlands ke memang tak heran lah. Tapi kalau Bukit 300 tu.. ermmm.. tak boleh nak bayangkan kan.
(tengok gambar seterusnya)

Ohh sebelum tu, sekadar untuk perkongsian.




Tips bagi penggemar-penggemar xtvt lasak. Bagi yang jarang-jarang buat xtvt lasak disebabkan oleh masa yang sangat cemburu dengan anda, terikat dengan anak-anak kecil, kerja dan sebagainya. 

Be prepare, anda pasti akan mengalami kekejangan otot, sesak nafas berikutan penat melampau, sakit pinggang, lutut, kaki, hilang tenaga dan lain-lain.  Rugilah kan kalau kita tak bersedia kerana silap-silap kita hanya mampu panjat separuh bukit sahaja. Habislah musnah impian nak makan cendol kat puncak Bukit 300 pulak!


Amalkan suplemen tambahan seperti berikut sangat membantu untuk KEKAL CERGAS SEBELUM & SELEPAS melaksanakan aktiviti-aktiviti lasak


  • Ostematrix 
Membantu mengurangkan masalah kekejangan otot & lenguh-lenguh yang parah.

  • Omega Guard 
Memelihara kesihatan jantung kerana xtvt lasak yang mengejut mampu merisikokan mereka yang berisiko penyakit berkaitan jantung terutama mereka yang tinggi kolestrol. Begitu juga mereka yang mungkin ada mild asthma. Pesakit asthma kronik sila jangan tambah penyakit ya.

  • Sr Vita C 
untuk mengekalkan kekuatan imun badan sekaligus bagi mengelakkan kejadian demam dan sebagainya sebelum dan selepas buat xtvt.

  • Minum dan bawa bekal ESP dan Performance Drinks 
Bukit 300, Perak
sangat membantu mengekalkan tenaga berpanjangan dan tidak membuat badan terhidrasi (kekeringan) sepanjang xtvt. 


  • Bawa anak-anak beraktiviti skali? 

Jangan lupa sapukan Herbal Blend Krim buat anak-anak agar tidak menjadi santapan nyamuk dan kegatalan kulit dek peluh. Sapukan pada muka, leher, tangan dan pelipat-pelipat anggota badan. Ia sangat memberikan kelegaan.

Ok! Anda dah ready memanjat..

Jom check it out, next!
Biar gambar berbicara pulak.


Bukit 300, Perak

Permulaan pendakian pada tahap landai. Risiko bila anda membawa anak-anak kecil. Bertabahlah bila si kecik minta dikendong.


Bukit 300, Perak

Bukit 300, Perak

Pertengahan bukit boleh dikatakan pendakian yang lebih mencabar sedikit berbanding di awal-awal 10 minit pendakian.


Bukit 300, Perak

Bukit 300, Perak

Bukit 300, Perak

Take 10 mins rest di pertengahan bukit. Muka masing-masing cover walaupon boleh tahan mengahnya.


Bukit 300, Perak


Pendakian 3/4 bukit dari checkpoint yang lebih mencabar dari pertengahan bukit. Lebih curam. View di atas adalah pandangan turun bukit (ke bawah). Tali yang disediakan menunjukkan trek yang agak berbahaya.

Bukit 300, Perak

Yeayy! Berjaya menawan checkpoint 300 bersama geng-geng basikal UiTM Seri Iskandar. Keseluruhan pendakian bersama si kecil mengambil masa lebih kurang 1 1/2 jam  perjalanan. Untuk korang-korang yang masih bujang dan berstamina tinggi 40 minit adalah cabaran untuk korang sampai ke sini. Amacam?

Bukit 300, Perak

Bukti kami dah berjaya sampai pada checkpoint terakhir 'Peak 300'. Sesetengah orang mengatakan checkpoint 300 adalah paras ketinggian bukit 300m dari aras laut. Manakala ada setengah lagi mengatakan checkpoint 300 adalah kiraan kedudukan pusingan trekking hingga 300° bukit. Yang mana satu yang betul, nanti kita find out kemudian dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Huhu

Bukit 300, Perak

Bukit 300, Perak

Bukit 300, Perak


Seronok anak-anak explore persekitaran hutan. Naik turun naik turun sekitar checkpoint. Nampak tak pondok dan payung kat belakang tuh? Amacam, terjawab tak soalan gerai cendol di puncak Bukit 300 ni?

Dari keseluruhan gambaran pendakian Bukit 300, percaya tak ada gerai cendol kat belakang tu..? Nak tahu jawapan? Apa kata korangg datang sendiri Teluk Batik dan cuba panjat Bukit 300 ni sampai ke checkpoint situ. Hahahaha.. yang pasti, korang mesti enjoy punya dan akan repeat lagi. Best sangat2!


Next,

Bukit Engku Busu.. Mu tunggu aku datang!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...