Monday, May 8, 2017

RAHSIA LUKA BERSALIN CEASER CEPAT SEMBUH DAN TIPS IBU BERPANTANG SIHAT CERGAS

Sungguhpun kak ct tak pernah merasa pengalaman bersalin ceaser, tapi bila membayangkan perut kita dipotong dan dicantumkan semula berlapis-lapis dari dalam hingga ke kulit paling atas semasa bersalin memang agak menggerunkan. Dengan kecanggihan teknologi semasa risiko bersalin ceaser telah menjadi semakin kecil manakala risiko keselamatan ibu dan bayi dalam keadaan bahaya pula adalah sangat rendah. Namun perkara pokok yang terlebih utama selepas bersalin ceaser adalah berkenaan penjagaan ibu dan bayi. Pernah dengar tak cerita ibu ceaser yang mengalami luka ceaser bernanah, demam kerana luka ceaser tak sembuh sepenuhnya atau tahap yang agak mengerikan luka ceaser terbuka dan berdarah. Allahu Akbar, ini memang sangat-sangat menakutkan. Oleh  itu kak ct suka nak berkongsi rahsia kisah sahabat kak ct ibu beranak 6 yang telah merasai pengalaman bersalin normal dan ceaser untuk ke semua anaknya. Namun masih melalui saat-saat manis dengan luka ceaser cepat sembuh serta tetap sihat dan cergas ketika dalam pantang.

Set Kehamilan Shaklee, Set Berpantang Shaklee

Jom baca kisah berikut.

Saya sekarang adalah ibu kepada 6 orang anak berusia antara 5 bulan hingga 11 tahun termasuk sepasang kembar yang berusia 9 tahun. Saya mula kenal Shaklee pada penghujung tahun 2011 sebelum hamil anak ke-5. Saya mengambil keputusan untuk mencuba Set Kehamilan Shaklee apabila saya disahkan hamil anak ke-5 dan lepas bersalin saya teruskan dengan Set Berpantang Shaklee.



Saya ada beberapa pengalaman yang kurang enak dan mungkin juga agak ngeri bagi sesetengah orang ketika hamil dan berpantangkan anak sulung, kedua & ketiga (kembar) serta anak ke-4. Sepanjang kehamilan dan berpantang keempat-empat anak ini saya amalkan set hamil dan berpantang jenama lain (jenama yang sama untuk 3 kali kehamilan ini) 


Pengalaman yang paling ketara dan saya ingat sampai sekarang ialah sewaktu hamil saya mengalami sembelit yang teruk. Sampai menangis-nangis dalam tandas setiap kali nak membuang air besar. Kadang-kadang sampai berlaku pendarahan. Keadaan ini menyebabkan saya rasa takut nak membuang air besar yang menjadi penyebab kepada terjadinya buasir. Buasir ini menjadi semakin kritikal selepas saya melahirkan anak-anak kembar dan ianya berlarutan sehingga dalam tempoh berpantang dan selepasnya. 


Set Kehamilan Shaklee, Set Berpantang Shaklee



Satu lagi masalah saya ialah selalu berlaku kejang kaki (krem) terutamanya apabila kandungan menjengah usia 6 bulan ke atas. Malam-malam waktu tidur selalu sangat kena sampai menangis-nangis menahan sakit. Suami saya lah yang selalu menjadi mangsa untuk meredakan kesakitan saya sewaktu sedang nyenyak tidur.


Dulu sewaktu berpantang, selain masalah sembelit dan buasir saya juga pernah mengalami jahitan perineum saya terkena jangkitan dan bernanah. Ia berlaku sewaktu berpantang anak sulong dan sewaktu berpantang anak kembar peristwa ini berulang lagi bahkan ianya semakin parah kerana jahitan perineum saya terpaksa dibuka dan dijahit semula tanpa bius disebakan oleh jangkitan kuman pada kawasan tersebut. 


Memang sangat mengerikan tapi terpaksa juga melaluinya dengan tenang sambal dalam hati berdoa agar ianya tidak berulang lagi pada kelahiran akan datang. Manakala ketika berpantang anak ke-4 yang dilahirkan secara pembedahan saya mengalami sakit kepala yang amat teruk sehingga hampir 3 minggu lamanya. Sakit pada tempat pembedahan juga terasa sehingga beberapa lama. Dalam waktu berpantang dulu terasa diri kurang cergas dan kurang bermaya.


Alhamdulillah, setelah mengamalkan Set Kehamilan Shaklee yang terdiri daripada Vitalea, Vitamin C, B Coplex, Ostematrix, ESP dan Omega Guard Shaklee ketika hamil anak ke-5 yang sekarang berusia 3 tahun, masalah utama sewaktu hamil dulu iaitu sembelit dan kejang kaki boleh dikatakan tidak berlaku langsung. Diri terasa cergas dan sihat sepanjang tempoh kehamilan. 


Dan peristiwa yang paling saya risaukan ketika berpantang iaitu jahitan perineum saya amat menakjubkan. Luka jahitan sembuh dengan cepat. Tiada rasa sakit dan berdenyut seperti berpantang anak-anak terdahulu dan yang bestnya, jahitannya sembuh dan kering dengan sendirinya tanpa sebarang jangkitan!


Atas sebab keyakinan itulah saya teruskan pengambilan Set Hamil & Berpantang Shaklee untuk anak ke-6 yang baru dilahirkan lebih 4 bulan lepas. Kali ini saya bersalin secara pembedahan disebabkan kedudukan bayi yang songsang sejak awal kehamilan sehingga saat nak melahirkan. 


Alhamdulillah, walaupun bersalin secara pembedahan, luka dan jahitan akibat pembedahan sembuh dengan cepat. Saya terasa sangat sihat dan cergas tidak seperti bersalin bedah. Walaupun pada minggu kedua bersalin, hanya saya yang menguruskan anak-anak kecil seramai 6 orang tetapi alhamdulillah saya dapat menguruskan rumahtangga dan keluarga dengan sebaiknya.


Alhamdulillah..saya sangat bersyukur dapat kenal dengan vitamin Shaklee dan dengan izin Allah jua tempoh kehamilan dan berpantang saya untuk 2 orang anak yang terakhir ini sangat menyeronokkan.

Dan saya amat menyarankan kepada para ibu yang ingin hamil supaya menjadikan  SET KEHAMILAN dan SET BERPANTANG SHAKLEE sebagai satu keperluan dalam senarai barangan kehamilan dan bersalin anda!
Dr Najihah Abdul Mutalib

Jujur pengalaman sendiri kak ct pulak bersalin normal ketida-tiga anak dengan set penjagaan bersalin yang berbeza memang terasa-rasa sangat perbezaanya. Masakan tidak, masa bersalin anak pertama dan kedua kak ct tak kenal shaklee lagi. Tak tahu kepentingan makanan bernutrisi tinggi sebenarnya sangat membantu kesembuhan dan kesihatan ibu berpantang. Hingga bila berpantang anak ketiga, alahai Masya Allah, banyak sangat manfaat yang kak ct dapat, memang serupalah seperti pengalaman Dr Najihah Abdul Mutalib. Hanya yang mengalami pengalaman sendiri dapat merasa nikmat berpantang dengan sihat di samping baby baru.

Masih ragu-ragu akan keberkesanan dan kebaikan SET KEHAMILAN SHAKLEE? Boleh rujuk juga pandangan peribadi Doktor Safiya pada entri kak ct sebelum-sebelum ini berkenaan SET KEHAMILAN SHAKLEE yang memang diakui oleh doktor KKM, set ini memenuhi kriteria keperluan ibu hamil dan adalah selamat. Rujuk SINI.

Oleh itu, para suami dan ayah-ayah, penting untuk sediakan keperluan terbaik seperti SET KEHAMILAN dan SET BERPANTANG PREMIUM SHAKLEE ni.


CADANGAN SET KEHAMILAN SHAKLEE


Set Kehamilan Shaklee


CADANGAN SET BERPANTANG SHAKLEE


Set Berpantang Shaklee


Lagi TESTIMONI BERPANTANG dengan SET BERPANTANG EKSKLUSIF SHAKLEE




Akhirnya, bagi mereka-mereka yang ingin dapatkan SET KEHAMILAN SHAKLEE atau SET BERPANTANG PREMIUM SHAKLEE dengan pendaftaran keahlian secara percuma berserta konsultasi eksklusif juga secara percuma dari kak ct, bolehlah hubungi kak ct di,

FB : Siti N Sheikh Abdullah
FB Page : CelikSihat Page 
Blog : CelikSihat 
Instagram : kakct_shakleevitastore
Email : sitinurra77@gmail.com
HP : 019-514 6495
WhatsApp : www.wasap.my/60195146495
COD Area : Tronoh, UTP, UITM, Bandar U & Seri Iskandar

Inshaallah saya sedia membantu anda!

Pengedar Shaklee Perak 
Pengedar Shaklee Ipoh 
Pengedar Shaklee Batu Gajah
Pengedar Shaklee Tronoh 
Pengedar Shaklee Seri Iskandar
Pengedar Shaklee UTP
Pengedar Shaklee UiTM Seri  Iskandar 
Pengedar Shaklee Bandar U 
Pengedar Shaklee Bota


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...