Hahaha.. misteri sangat kan tajuk entri kali ni. Sebenarnya inilah kali pertama kak ct dengar pasal Bukit 300 di Teluk Batik. 10 tahun yang lalu sewaktu menetap di Manjung, tak pernah pun dengar pasal Bukit 300 apalagi dibuka untuk aktiviti lasak, memanjat bukit dan sebagainya.
![]() |
| Pemandangan Bukit 300 Teluk Batik. Kelihatan deretan kereta peminat-peminat xtvt 'Hill Trekking' |
Saja tulisan santai kali ni untuk mengabadikan kenangan rombongan panjat bukit bersama famili dan geng2 basikal UiTM Seri Iskandar ke Bukit 300 Teluk Batik pada 19 Ogos 2017 baru-baru ni. Lokasinya betul-betul jalan menuju ke Teluk Batik.
Tambah rasa berkobar-kobar semangat nak sangat panjat bukit ni sebab dengar-dengar ade gerai cendol di Puncak Bukit 300. Kira-kiranya nak menyaksikan sendiri lah betul ke ada gerai cendol yang dimaksudkan tu beroperasi di tengah-tengah hutan di atas Bukit 300. Kalau Bukit Tinggi di Pahang ke atau Genting Highlands atau Cameron Highlands ke memang tak heran lah. Tapi kalau Bukit 300 tu.. ermmm.. tak boleh nak bayangkan kan.
(tengok gambar seterusnya)
(tengok gambar seterusnya)
Ohh sebelum tu, sekadar untuk perkongsian.
