Tuesday, May 2, 2017

MENGAPA KITA PERLUKAN SUPLEMEN DAN TANDA-TANDA BADAN MEMERLUKAN SUPLEMEN TAMBAHAN

Ramai yang menyangka bahawa mereka sihat dan tidak memerlukan suplemen tambahan untuk tubuh badan mereka sekarang. Sebahagian pula menyangka apabila mereka sakit, barulah perlu mengambil vitamin serta suplemen tambahan sebagai jalan untuk kembali sembuh atau dengan kata lain makan vitamin sebagai ubat. Walaupun memang betul tubuh badan benar-benar memerlukan nutrien  tambahan lagi-lagi di saat tidak sihat kerana sel-sel antibodi memerlukan nutrien yang mencukupi untuk melawan penyakit. Manakala sebahagian yang lain terpedaya pula dengan iklan-iklan suplemen yang tidak jelas sumber dan kandungan bahan-bahannya malah keselamatannya juga diragui. Ini kerana sektor makanan kesihatan dan suplemen telah menjadi satu industri yang mampu memberikan pulangan yang besar. Hakikat sebenar yang kurang mereka fahami adalah, perlukah kita mengambil vitamin dan suplemen pada zaman canggih dewasa ini sebelum kita diserang penyakit dan apakah tanda-tanda bila tubuh badan kita memerlukan vitamin dan suplemen tambahan?

Tanda-tanda tubuh memerlukan suplemen

Sebenarnya, zaman dahulu memang sangat berbeza dengan zaman sekarang. Arus pemodenan memang sangat-sangat memberi impak terhadap faktor pemakanan dan gaya hidup seseorang. Ramai mengambil jalan pintas untuk kenyang dengan makan di restoran-restoran fast food hatta kedai-kedai makan sekalipun hingga terpaksa mengabaikan keperluan nutrisi sebenar tubuh. Apa yang tubuh badan dapat hanyalah memenuhi tuntutan lapar tapi dalam masa yang sama mereka membina penyakit. Ditambah dengan faktor stress, tekanan hidup dan pencemaran serta radikal bebas tidak hairanlah statistik penyakit-penyakit kronik juga semakin bertambah di kalangan orang muda.

Ringkasnya,

7 SEBAB KENAPA ANDA PERLUKAN SUPLEMEN


Kritikalnya keperluan vitamin & suplemen tambahan untuk semua orang antaranya

✔Kita sering terdedah dengan PENCEMARAN alam sekitar.

✔Badan kita memerlukan DOS yang TINGGI bagi sestengah nutrien makanan.

✔Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin telah TERJEJAS atau TERCEMAR.

✔Kita terbiasa dengan amalan gaya hidup TIDAK SIHAT.

✔Kebanyakan rakyat Malaysia MAKAN MENGIKUT SELERA RASA.

GANGGUAN penyerapan nutrisi daripada makanan.

✔Banyak nutrien telah HILANG dalam makanan sewaktu pemprosesan dan penyediaan makanan.

Sebab itu, pengambilan makanan tambahan dari awal dapat mengurangka risiko dari mendapat penyakit-penyakit kronik, mempertingkatkan imuniti tubuh serta melawan dari serangan penyakit-penyakit semasa dan penyakit bermusim.

Pendapat Dr Zubaidi tentang pemakanan masyarakat zaman sekarang memang benar.
"Dahulu orang kita suka makan ulam-ulaman dan buah-buahan. Sekarang kita jarang melihat orang kita makan banyak sayur-sayuran. Selalunya saya lihat ramai yang mengambil hidangan dengan nasi dan daging yang menimbun dalam pinggan, terutama bila makan free atau makan buffet. Sebab itu, ramai orang kita yang mengalami penyakit kronik, seperti kegemukan (obesiti), penyakit jantung, darah tinggi, strok dan sebagainya.

Kita mungkin memperolehi makronutrien seperti karbohidrat, protein, lemak tetapi mengalami kekurangan mikronutient yang terdiri dari mineral dan vitamin. Antaranya Selenium, Magnesium, Zink, Vitamin C, B kompleks, E dan banyak lagi.

Inilah yang menjadi focus persoalan yang dibawa. Walaupun ramai doktor dan pakar pemakanan yang berpendapat kita cukup mendapat nutrien dari makanan yang diambil dan tidak perlukan sebarang pil supplemen, persoalannya setakat mana nutrien dari makanan yang diambil benar-benar masuk ke dalam tubuh kita dalam kuantiti yang diperlukan?"
DrZubaidi

Sebab itu orang zaman dulu tidak memerlukan suplemen berbanding zaman sekarang. Pada zaman sekarang, gaya pemakanan yang tidak sihat inilah diawalnya menyumbang kepada keradangan atau inflamasi dalaman tubuh secara berterusan dan menjadi punca kepada sel-sel rosak yang sepatutnya mati tapi bermutasi membentuk sel-sel baru yang abnormal serta menyumbang kepada penyakit kanser yang mungkin kita tak jangka.

Tanda-tanda tubuh memerlukan suplemen


TANDA-TANDA TUBUH MEMERLUKAN TAMBAHAN SUPLEMEN AKIBAT PENGUMPULAN TOKSIN DALAM TUBUH  

🔥 Peringkat Pertama
Penat
Stress
Sakit-sakit anggota badan

🔥 Peringkat Kedua
Badan berbau
Sembelit
Insomnia
Migrain
Mudah sakit, demam, selesema dsbnya

🔥 Peringkat Ketiga
Sakit-sakit sendi, arthritis
Tekanan darah tinggi
Gout
Diabetes,
Kerosakan buah pinggang
Kanser

Peringkat-peringkat ini membuktikan setiap penyakit yang terjadi adalah disebabkan pemakanan dan gaya hidup yang tidak seimbang berlaku secara berterusan dan dalam jangka masa yang panjang. Alangkah baik sekiranya kita menyedarinya dari awal dan mengambil tindakan yang tepat dengan mengubah gaya hidup dan mengambil makanan yang sihat serta vitamin dan suplemen yang bersesuaian sebagai makanan tubuh. Walaupun setiap penyakit itu ujian dan datangnya bersama-sama rahmat dan kasih sayang dariNYA, namun usaha untuk mencegah adalah lebih baik dari merawat. Kerana di saat-saat kita diserang penyakit kelak kita memerlukan kos yang lebih untuk merawat termasuklah kos belanja, masa, tenaga dan lain-lain.

Video dibawah menjelaskan kenapa kita vitamin & suplemen kini adalah satu keperluan yang mesti kita ambil sedari awal lagi.



Sekiranya ingin dapatkan konsultasi berkenaan kesihatan dan suplemen yang bersesuaian untuk diamalkan mengikut keperluan dan peringkat umur, bolehlah hubungi saya di

FB : Siti N Sheikh Abdullah
FB Page : CelikSihat Page 
Blog : CelikSihat 
Instagram : kakct_shaklee
Email : sitinurra77@gmail.com
HP : 019-514 6495
WhatsApp : www.wasap.my/60195146495
COD Area : Tronoh, UTP, UITM, Bandar U & Seri Iskandar

Inshaallah saya sedia membantu anda!

Pengedar Shaklee Perak 
Pengedar Shaklee Ipoh 
Pengedar Shaklee Batu Gajah
Pengedar Shaklee Tronoh 
Pengedar Shaklee Seri Iskandar
Pengedar Shaklee UTP
Pengedar Shaklee UiTM Seri  Iskandar 
Pengedar Shaklee Bandar U 
Pengedar Shaklee Bota

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...